Saturday, July 4, 2009

Erti Sebuah Kehidupan...

Apabila berbicara mengenai kehidupan saya akan bertanya kepada
pendengar, " Berapa kalilah kita hidup" dan jawapan yang saya selalu
dengar,

" Kita hidup hanya sekali" .

Inilah yang selalu disebut: "Enjoylah beb… hidup hanya sekali".

Memahami hidup hanya sekali merupakan asas kesesatan umat hari ini.
Kehidupan selepas mati sudah tidak ada di dalam ruang minda manusia
ini. Inilah minda jahiliyyah yang bertanya kepada nabi s.a.w.:

" Apakah apabila manusia mati dan sudah menjadi tulang belulang masih
boleh dibangkitkan?" Mereka menganggap kehidupan hanyalah kehidupan
di dunia.

Kepercayaan sesat ini pula bertunjangkan kepada ketidakyakinan kepada
Allah sebagai al-Rab, al-Malik dan al- Ilah. Tidak yakin kepada Allah
kerana tidak percaya kepada al-Quran . Tidak beriman dengan kitab al-
Quran kerana tidak percaya kepada nabi Muhammad s.a.w. Tidak percaya
kepada nabi s.a.w. ialah keranana kejahilah disebabkan kurang ilmu
atau memiliki ilmu yang salah dan wujud salah faham terhadap nabi
Muhmmad s.a.w.

Kehidupan yang sebenar ialah kehidupan Akhirat. Inilah yang
disampaikan kepada kita oleh nabi Muhammad s.a.w. yang terdapat di
dalam al-Quran yang merupakan bicara Allah, Pencipta Alam ini,
Pemilik Mutlaknya, Pengatur semua undang-undang dan sistem dan Ilah
yang wajib disembah, ditaati dan dikasihi.

Dunia adalah sebuah perhentian dalam perjalanan menuju akhirat

Dunia adalah tempat manusia diuji dan akhirat tempat perhitungan dan
pembalasan

Dunia negeri beramal dan akhirat negeri menerima balasan

Dunia tempat berjihad dan bersusah payah manakala akhirat tempat
istirehat bagi manusia yang beriman dan lulus ujian Allah.

Manusia diturunkan kedunia memikul amanah, memikul tanggungjawab,
membawa misi Allah dan akan dimatikan seterusnya dikembalikan kepda
Allah untuk diberi pembalasan.

Dunia adalah tempat perjuangan, melawan nafsu, melawan iblis, melawan
tarikan dunia, melawan fitnah kuffar dan bersabar terhadap hasad
dengki orang-orang fasik.

Ujian bermula sejak di alam nutfah, berjuta-juta benih sudah mati
sebelum berjaya menembusi sebutir telur untuk memulakan sebuah
kehidupan. Kehidupan di alam rahim memberi bebanan, keperitan,
kesengsaraan hidup seorang ibu yang bakal melahirkan seorang khalifah
adalah satu kepayahan, kepayahan hidup diusia bayi, karenah zaman
kanak-kanak, zaman remaja dan ujian tanggungjawan diusia remaja,
meniti umur di usia tua dan kembali kepada Allah membawa dosa membawa
reda.

Ibu bapa yang berjaya menyediakan bayi-bayi ini untuk memikul
bebenanan khalifah telah dijamin oleh Rsulullah s.a.w. sebagai ahli
syurga.

Itulah erti kehidupan ini ; ia hanya medan ujian Allah untuk memilih
ahli syurga atau neraka.

Kehidupan ini penuh misteri, kejahilan, kegelapan, kezaliman hingga
pada diri sendiri tetapi Allah yang mencipta kehidupan ini telah
mengajar ilmu, menerangi hidup dengan cahaya hidayah. mehapuskan
kezaliman dengan mengajar hakikat Tauhid kepda Allah dan menceritakan
hakikat kehidupan sebenar..

Namun hingga kini masih ramai manusia masih kabur, gelap, tidak
mengerti, tidak memahami, tidak tersedar, terlena, terleka, diheret
taufan nafsu, ditipu fatamorgana dunia dan merasa cukup beramal untuk
diri sendiri…

SEDANGKAN LALUAN KESYURGA HANYA DENGAN MENERIMA WARISAN NABI, MENJADI
GURU, MURABBI DAN MUJAHID DI JALAN ALLAH.

Monday, March 30, 2009

Sekadar Renungan...

Di zaman kebelakangan ini banyak berlaku pelbagai musibah yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Diantaranya ialah bencana alam seperti gempa bumi yang menimpa Aceh, Pakistan dan juga Iran dan tempias bencana berkenaan juga terkena negara kita, Malaysia. Selain bencana alam, umat Islam juga menjadi mangsa kerakusan golongan kafir umpamanya penindasan orang Palestin, kejatuhan kerajaan Taliban di Afghanistan, kerajaan Iraq dan beberapa tahun dahulu kerajaan Bosnia. Ini belum lagi penindasan lain seperti di Kasymir dan beberapa lagi tempat diseluruh dunia di mana umat Islam sentiasa di aniayai sama ada oleh golongan kafir maupun oleh orang Islam sendiri.

Seterusnya umat Islam juga telah dilanda pelbagai musibah lain dikalangan ahli masyarakat, diantaranya masalah murtad, black metal, meluasnya kegiatan sex bebas, pelacuran dan pelbagai lagi perkara buruk yang berlaku terutamanya dalam negara kita sendiri, Malaysia. Segala kejadian berkenaan mengundang pelbagai tafsiran dikalangan umat Islam sendiri, mengapa hal berkenaan berlaku dalam masyarakat Islam. Tidak kurang juga yang memberi pandangan dengan menuding jari kepada kerajaan kafir yang merupakan penyebab berlakunya beberapa peristiwa yang melanda umat Islam dimasa ini. Namun, amat jarang yang memberi pandangan perkara ini berlaku disebabkan oleh kesilapan umat Islam sendiri.

Saya ingin menarik perhatian kita bersama berkaitan bencana yang berlaku ke atas umat Islam diseluruh dunia terutamanya di Negara Malaysia. Tumpuan saya ialah kepada diri kita sendiri. Saya berpendapat bencana yang berlaku ke atas umat Islam pada hari ini adalah salah satu faktornya, kesilapan umat Islam sendiri.

Pertama mari kita lihat dari segi peribadi setiap individu muslim. Setiap individu muslim amat penting diberi perhatian kerana ia merupakan asas kepada pembentukan keluarga dan masyarakat Islam keseluruhannya. Cuba kita teropong diri kita sendiri, sudah lengkapkah kita sebagai muslim yang sempurna. Muslim yang sempurna amat penting kerana kesempurnaan diri kita sebagai muslim akan menjadikan kita sentiasa disayangi Allah dan akan sentiasa berada di bawah lindungan and rahmatnya.

Mari kita lihat diri kita dari segi ilmu agama, sudah sempurnakah ilmu agama yang kita pegang selama ini. Sudah sempurnakah ilmu kita dalam beribadat kepada Allah. Ilmu untuk kita beribadat kepada Allah amat penting kerana kesempurnaan ibadat terletak kepada kesempurnaan ilmu dalam menunaikan ibadat kepada Allah. Sebagai contoh, jika wuduk kita tidak sempurna disebabkan kekurangn ilmu dalam berwuduk, maka adakah solat kita diterima?. Apabila solat tidak diterima, adakah doa kita dalam memohon sesuatu akan dikabulkan Allah? Begitulah juga dalam ibadat-ibadat yang lain, jika ilmunya tidak sempurna adakah amal ibadatnya menjadi sempurna dan seterusnya diterima Allah serta mendapat rahmat dariNya.

Seterusnya mari kita lihat pula ibadat yang kita lakukan, sembahyang umpamanya. Adakah sembahyang kita diterima dan diberi pahala jika tidak dilakukan dengan ikhlas. Tidakkah wujud unsur riyak dalam solat kita umpamanya membaca surah dengan lantang dan berlagu sementara hati sendiri memuji bacaan kita dan berharap juga mendapat pujian dalam hati atau melalui mulut para makmum yang mendengar.Sesungguhnya riyak kemungkinan boleh menyebabkan ibadat kita tidak berpahala. Begitu juga ketika kita berjalan menuju surau atau masjid, tidakkah hati kita memuji diri sendiri kerana berjalan ke masjid untuk solat. Dalam masa yang sama itu juga hati kita berasa bangga dilihat orang kita pergi ke masjid atau surau. Tidakkah di sini wujud riyak dan ujub di hati kita. Ketika mengumandangkan azan juga bagaimana. Adakah berharap pujian manusia kerana sedapnya suara kita atau semata-mata hanya mengharapkan pahala dari Allah. Begitu juga dalam bersedekah dan berderma, tidakkah bercampur dengan perasaan ujub dan riyak. Begitulah hal ketika membaca Quran, berpahalakah ibadat kita itu dengan mengutkan atau melagu-lagukan bacaan dengan berharap mendapat pujian dari manusia lain. Begitu juga dalam sebilangan ibadat kita yang lain, adakah kita mampu membebaskan diri kita dari perasaan riyak dan ujub kerana kedua-duanya itu akan merosakkan ibadat atau pahala ibadat kita. Kesempurnaan ibadat dalam Islam adalah meliputi jasmani dan rohani dan tidak benarlah individu yang mengatakan Islam itu di dalam hati tanpa melihat luaran. Kedua-dua mesti dan wajib ada, rohani dan jasmani. Seterusnya, dalam kehidupan seharian kita, adakah kita merasa sama- sama bersedih jika saudara mara atau jiran kita ditimpa musibah dan sebagainya. Adakah kita melawatnya kalau dia ditimpa penyakit dan sebagainya. Adakah lawatan kita dengan niat ikhlas atau mau pujian dari manusia lain, bukan pahala yang dijanjikan Allah. Sudah sempurnakah kita dari segi ilmu bagaimana cara melawat orang sakit.

Selain dari itu adakah kita akan pergi menunaikan haji berbilang kali sedangkan jiran kita hidup menderita umpamanya mengalami kesempitan hidup seperti dalam rancangan "bersama mu" dalam TV3 tu…

Adakah kita pernah mengumpat manusia muslim yang lain sedangkan kita amat dilarang mengumpat sesama manusia. Pernahkah kita mengeluarkan kata-kata fitnah dari mulut kita saban hari sama ada di pejabat, di jalanan, di ladang dan di mana jua termasuk di perkarangan masjid, di
tangga masjid dan di dalam masjid juga.

Kemudian kita lihat juga dari segi kepimpinan kita terhadap orang- orang dibawah kuasa kita. Adakah kita sentiasa adil dan berusaha berlaku adil kepada anak kita, saudara mara kita dan kepada rakan serta anggota masyarakat kita. Adakah kita berlaku adil kepada isteri atau isteri-isteri kita. Adakah kita berlaku adil kepada kakitangan-kakitangan bawahan kita atau adakah kita berlaku adil kepada setiap rakyat kita tanpa mengira agama, kaum dan pegangan parti.

Macam mana pula hubungan kita dengan kedua ibu bapa kita. Pernahkah kita mengembirakan mereka. Pernahkah kita mengecewakan mereka. Pernahkah kita berkata "ahhh…." kepada mereka. Pernahkah kita mensia- siakan mereka setelah mereka tua dan tak berdaya umpamanya dengan
menghantar mereka ke rumah orang-orang tua…

Selain dari itu, dari segi kecintaan kepada Rasul. Adakah sempurna iman kita jika kita tidak mengakui semua sunnah Rasul dari segi hadis dan perbuatan baginda. Sebagai contoh apakah sempurna kasih saying kita kepada Rasul dan sempurnakah iman kita jika kita melekehkan orang yang memakai serban(Rasul semasa zamannya memakai serban). Yang saya bawakan ini adalah contoh yang paling mudah dan paling senang di umpat keji oleh manusia yang jahil.

Akhir sekali saya ingin membawa anda semua menilai keimanan kita kepada Allah. Adakah kita benar-benar mengaku Allah tuhan kita. Adakah iman kita boleh diterima jika kita masih takutkan makhluk lain selain dari Allah. Umpamanya takutkan jin, pemimpin, orang kafir dan manusia-manusia yang lain. Adakah iman kita benar-benar sempurna jika kita amat berharap kepada manusia, bukan kepada Allah.

Itulah sekelumit yang dapat saya catatkan untuk tatapan kita bersama. Oleh itu cuba fikirkan kembali adakah segala kacau bilau dan gejala buruk yang berleluasa berlaku dalam masyarakat orang Islam sekarang ada kaitan dengan kesilapan orang Islam sendiri dan sememangnya patut dialami oleh orang Islam pada hari ini.

Hanya Allah yang maha mengetahui…..

Monday, March 23, 2009

Keajaiban Solat...

Sebagai Iktibar tentang kebesaran Allah s.w.t. Kisah Benar Untuk Dijadikan Ikhtibar. Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam
penyelidikannya.Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui
Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf didalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa
sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya
memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.
Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara- perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.
Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala- gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama- sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

Dipetik daripada Arab News,
7 Januari (atau Februari) 1987.

Wassalam

Wednesday, March 18, 2009

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A.

Wahai Ali, bagi org mukmin ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dgn pujuk rayu wanita.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..


Wahai Ali, bagi org alim itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dlm berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bg org yg jujur itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bg org yg takwa itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yg halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bg ahli ibadah itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kpd Allah s.w.t.

Monday, March 9, 2009

DARI BUKAN ISLAM, UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG ISLAM

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam).
Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.


1) Nama nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam al-Quran?

Nama nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam al-Quran.Manakala nama nabi Isa as disebut 25 kali.
Mengapa?
Kerana al-Quran diwahyukan pada nabi Muhammad saw, sebab itu nama nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.


2) Nama nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja nabi Isa lebih hebat kan?

Kita tanya balik pada orang itu, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ nabi Isa?
Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya.
Walaubagaimanapun, Allah yang lebih mengetahuinya
.

3) Dalam Islam percaya yang nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu tuhan kan?


Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai tuhan (nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya.
Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.


5) Nabi Isa as disembah sebagai anak tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan?Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je?Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’.Kenapa? ‘Kami’ kan lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ?

Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’.Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘we’ bukan ‘I’.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8 ) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam?Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab “ Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”

Kita jawab seperti ini,habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik”

Kita jawab lagi “ habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”

11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit”

Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana.
Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan?Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun leh jagi lembu gila.Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.


12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat.Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan.

Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan.

Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah).

Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!


14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg ana nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar di tanye oleh orang bukan Islam pd orang Islam...mereka bertanya bukan kerana hendak tahu,tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu ala kadar berasa was-was dengan Islam,dan akhirnya keluar dari Islam.jadi, jawapan yang kita ingin sampaikan juga, tak perlu panjang-panjang, cukup sekadar ringkas dan padat.banyak lagi sebenarnye soalan perangkap mereka...

Salah silap harap dimaafkan...

Friday, March 6, 2009

KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia
yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan
izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang
diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup
kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang
pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh
dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak
halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke
destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan
keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan
kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi.
Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya
apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga
terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka
terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut
itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera
ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul.
Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak
mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang
boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua :
Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi;
sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh
kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana
satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai
BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan
BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan
sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan
perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita
akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.
Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." -
Hadith

Ramai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja
bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi
makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa
nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak
lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi
terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana
kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum
terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan;
asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah.
Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia
adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya
yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu
orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang
alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah
golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa
yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama
dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada
Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti
konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan
sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain
Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini
bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-
benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah
kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-
kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah
terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang
menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit
dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan
masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah
dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang
berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat
dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang
ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-
perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya;
atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan
hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit
kita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan
akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi
kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia
hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi
akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari
di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur
dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan
jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim
dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan
ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat
bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat
supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang
turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, mereka
menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia
adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di
akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul
harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih
berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun
memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di
jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang
kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak
memerlukan sesuatu.

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang
menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus
berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang
membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala
yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati
kebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah
piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik
dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila
seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya
kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak
lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja
tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu
menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh
dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia
dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa
seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak
ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas
ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat
sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah
berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan
piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas
kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta
dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali
kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk
meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan
dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah
adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai
hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan
mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak
mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai
umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita
nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum
kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan
rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga
kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah.
Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan
mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita,
insyaallah..

Monday, February 23, 2009

Perkara Yang Merosakkan Ukhwah...

" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
Q.S Al-Hujuraat : 10

" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."
Q.S Al-Hijr : 47

Berapa banyak kehidupan yang berubah menjadi keras ketika ikatan persaudaraan telah pupus, ketika sumber-sumber kecintaan kerana Allah telah kering, ketika individualisme telah menggeser nilai-nilai persaudaraan, saat itu setiap individu berada dalam kehidupan yang sukar, merasa terpisah menyendiri dari masyarakatnya.

Kebanyakan manusia pada umumnya, perilaku mereka telah tercemar oleh perkara-perkara yang dapat merosakkan persaudaraan, yang terkadang mereka menyedari perkara tersebut, dan terkadang tidak menyedarinya.

Oleh sebab itu, kami akan mencuba memaparkan beberapa perkara yang dapat merosakkan persahabatan dan persaudaraan. Sebelumnya, akan kami kemukakan terlebih dahulu beberapa hadith dan perkataan para ulama' salaf mengenai
hubungan persaudaraan.

Dalam sebuah hadith yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah,
" Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya. "
HR Bukhari dan Muslim

Dan di dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman;
" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "
HR Malik dan Ahmad

Muhammad bin Munkadir ketika ditanya tentang kenikmatannya dalam kehidupan ini, beliau menjawab, " Ketika bertemu dengan saudara-saudara ( sahabat-sahabat ), dan membahagiakan mereka."

Al-Hasan berkata, " Kami lebih mencintai sahabat-sahabat kami dari pada keluarga kami, kerana sahabat-sahabat kami mengingatkan kami akan kehidupan akhirat, sedangkan keluarga kami mengingatkan kami akan kehidupan dunia."

Khalid bin Shafwan berkata, " Orang yang lemah adalah yang sedikit menjalin persaudaraan. "

Perhatikanlah beberapa perkataan di atas, baik dari ayat-ayat Allah, hadith, mahupun perkataan para ulama, kemudian lihatlah pada kenyataan tentu akan menunjukkan kebenarannya. Siapakah yang menolongmu untuk mampu tetap teguh
memegangi hidayah? Siapakah yang meneguhkan kamu untuk tetap istiqamah? Siapakah yang menemani kamu ketika dirundung bencana dan malapetaka? Kerana itu Umar pernah berkata, " Bertemu dengan para ikhwan dapat menghilangkan kegalauan dan kesedihan hati. "

Jika demikian, bagaimana mungkin seorang yang berakal akan mengesampingkan ukhuwah dan lebih memilih kehidupan yang kacau dan hingar bingar.


Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah, Di Antaranya Adalah :

1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain.

Rasulullah SAW. Bersabda;
" Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. "
HR Ibnu Majah

Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan
meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata.

2. Maksiat Dan Meremehkan Ketaatan.

Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah SAW bersabda;
" Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. "
HR Ahmad

Ibnu Qayim, dalam kitab "Al-Jawabul Kafi" mengatakan, " Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. "

Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah SWT berfirman;
" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada
setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). "
Q.S Az-Zukhruf : 67

Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga;
" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. "
Q.S Al-Hijr : 47

3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara.

Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman;
" Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu
adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. "
Q.S Al-Israa? : 53

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda;
" Kalimah thayibah adalah shadaqah. "
HR Bukhari

4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya.

Seorang ulama salaf berkata, " Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia
selesai berbicara. "

5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau.

Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.

6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan.

Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan. Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah SAW bersabda;
" Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya. "
HR Bukhari dan Muslim

Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat.

Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah
menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan.

Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang. Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.

7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )

Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan.

Allah SWT berfirman;
" Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan
dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman
berserah diri. "
Q.S Al-Mujaadalah : 10

Rasulullah bersabda;
" Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. "
HR Bukhari dan Muslim

Para ulama berkata, " Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ' Mereka itu membicarakanmu'." Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara rahsia ).

Wallahu?alam Bisshawab